Memahami Tingkah Laku Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Individu Penggajian Kumpulan Pertengahan (M40): Impak Elemen Ganjaran Cukai

Norul Syuhada Abu Hassan et al.

Asian Journal of Accounting and Governance2025https://doi.org/10.17576/ajag-2025-23-04article
ABDC C
Weight
0.50

What the paper says

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku pematuhan cukai dalam kalangan individu penggajian kumpulan pertengahan (M40) di Malaysia. Ini memandangkan kumpulan ini seringkali terpinggir dari mendapat manfaat atau bantuan kewangan biarpun mereka merupakan antara penyumbang pendapatan hasil negara apabila tertakluk kepada Potongan Cukai Bulanan (PCB). Usaha ini diambil bagi lebih memahami pematuhan cukai kumpulan ini dalam usaha memastikan kumpulan ini terus kekal sebagai pembayar cukai patuh. Penumpuan diberikan terhadap tiga strategi sedia ada yang diguna pakai oleh pentadbir cukai di Malaysia iaitu ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), pendidikan cukai serta layanan baik oleh pentadbir cukai di samping meneroka potensi penerapan elemen ganjaran cukai dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Data kajian dipungut menggunakan instrumen soal selidik yang dihantar kepada pembayar cukai individu penggajian yang berada dalam skala pendapatan kumpulan pertengahan (M40) melibatkan kakitangan di Institut Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia. Berpandukan kepada 352 maklum balas yang diterima, analisis dijalankan menggunakan IBM SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil analisis regresi berganda menemui strategi ancaman hukuman (audit dan penalti cukai), layanan baik oleh pentadbir cukai serta ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan mampu mendorong kepada tingkah laku pematuhan cukai. Sebaliknya faktor pendidikan cukai dan ganjaran cukai bentuk kewangan gagal menemui hubungan yang signifikan. Kajian ini berjaya menambah literatur berkaitan pematuhan cukai melibatkan kumpulan sasar kategori M40 di samping menyerlahkan potensi pelaksanaan ganjaran cukai berbentuk bukan kewangan sebagai salah satu strategi dalam persekitaran percukaian di Malaysia. Penemuan kajian ini dapat dijadikan platform dalam menyalurkan input yang relevan kepada pentadbir cukai serta pembuat dasar khususnya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam menilai, menambahbaik serta merangka strategi pematuhan dengan misi membudayakan pematuhan cukai terutamanya dalam kalangan pembayar cukai individu penggajian di Malaysia.

Open paper page →

Cite this paper

https://doi.org/https://doi.org/10.17576/ajag-2025-23-04

Or copy a formatted citation

@article{norul2025,
  title        = {{Memahami Tingkah Laku Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Individu Penggajian Kumpulan Pertengahan (M40): Impak Elemen Ganjaran Cukai}},
  author       = {Norul Syuhada Abu Hassan et al.},
  journal      = {Asian Journal of Accounting and Governance},
  year         = {2025},
  doi          = {https://doi.org/https://doi.org/10.17576/ajag-2025-23-04},
}

Paste directly into BibTeX, Zotero, or your reference manager.

Flag this paper

Memahami Tingkah Laku Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Individu Penggajian Kumpulan Pertengahan (M40): Impak Elemen Ganjaran Cukai

Flags are reviewed by the Arbiter methodology team within 5 business days.


Evidence weight

0.50

Balanced mode · F 0.40 / M 0.15 / V 0.05 / R 0.40

F · citation impact0.50 × 0.4 = 0.20
M · momentum0.50 × 0.15 = 0.07
V · venue signal0.50 × 0.05 = 0.03
R · text relevance †0.50 × 0.4 = 0.20

† Text relevance is estimated at 0.50 on the detail page — for your query’s actual relevance score, open this paper from a search result.